Koleksi Permainan Perintis Catur (CA) di Kejohanan Catur Terbuka Lahad Datu 2011

Posted: July 21, 2011 in Chess Game

Pada pusingan pertama CA dipertemukan dengan pemain ‘junior’ dan kurang diberi tentangan. Tetapi pada pusingan ke-2 kejohanan, CA telah bertemu dengan seorang pemain berasal dari Selangor iaitu En. Abdullah Fadzil yang bermain buah hitam. Diagram di bawah adalah kedudukan permainan selepas kesilapan pada langkah ke 22… Kh7? .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

CA telah mengambil peluang kedudukan ‘menteri’ putih yang terdedah pada serangan dengan langkah 23.Ne4 Qh6?? 24.Bxh6 Kxh6 25.Qe3+ ( Adalah lebih baik  25.Rf5! Kh7 (25…h4 26.Qhxh4#) 26.Rxh5+ Bh6 27.Rxh6# ) Kh7 26.Ng5+ Kh8 27.Nxf7+ Kh7 28.Qe4# 1–0.

Di pusingan ke-3 CA bertemu dengan En. Mazlan Anuar yang akan bermain buah putih, beliau yang berasal dari sipitang adalah seorang pemain catur yang berpengalaman dalam pertandingan di sekitar Kota Kinabalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Diagram diatas adalah posisi selepas langkah 24.Nh2 ‘kuda’ putih cuba memberi bantuan kepada ‘Raja’ yang tertekan dengan serangan ‘menteri’  hitam. Bagaimanapun segalanya sudah terlambat bagi pemain putih & permainan ditamatkan dengan ‘syahmat’ selepas gerakan hitam …Nxh3+ 25.Kg2 Rxf2+ 26.Kh1 Rxh2+ 27.Kxh2 Nf4+ ( 28.Kg1 Qxg3+ 29.Kf1 ( atau Kh1 ) Qg2# 0–1.

Pada pusingan ke-4, CA menentang bekas pemain sabah yang berpengalaman luas dalam dunia catur di sabah iaitu En. Adam Ulamak. Beliau juga merupakan ‘MENTOR’ kepada CA ketika penglibatan awal CA dalam arena catur di sabah. Permainan begitu kompleks sehinggakan mengheret kedua-dua pemain ke saat-saat akhir permainan (time trouble) dalam menentukan pemenang. Malangnya, selepas beberapa kesilapan dari kedua-dua pemain, permainan berakhir dengan seri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selepas gerakan hitam 23…Qc7. CA percaya kedudukan putih adalah lebih baik dan cuba menyerang bertubi- tubi dengan serangan mengorbankan ‘gajah’ (Bishop) 24.Bxh5! langkah ini dikenali sebagai ‘positional sacrifice’ dengan idea memecahkan pertahanan bidak ‘Raja’ hitam. gxh5 25.Qe2 [Adalah lebih baik 25.Qg2 Ng7 26.g6+ Kh8 27.gxf7 Rxf7 28.Qg6 e5 (28…Raf8 29.Bh6 e5 30.Rg5 Re7 a) 30…Nf6 31.Nxd6 Kg8 32.Nxf7 Qxf7 (32…Rxf7 33.Bxg7 Rxg7 34.Qxf6+-) 33.Bxg7 Qxg6 34.Rxg6+-; b) 30…Nxh6 31.Qxh6+ Kg8 32.Rhg1 Re7 (32…Rd7 33.Qe6+ Kh7 34.Rxh5+ Nxh5 35.Qg6+ Kh8 36.Qh6+ Rh7 37.Qxf8#) 33.Nxd6 Be8 34.Nf7!! Rfxf7 35.Rxh5 Rf6 (35…Rf8 36.Qh7+ Kf7 37.Qxg7#) 36.Qh8+ Kf7 37.Rxg7#; ) 29.dxe6 Rf6 30.Qg3 Bc6 (30…Rd8 31.Bxc5!) 31.Nxd6+-] 25…Ng7 26.g6+ fxg6 27.Rxg6 Nf6 28.Rhg1 Rf7 29.Qg2 [Putih terlepas pandang variasi 29.Qd2 Ng4 30.Bh6 Rg8 31.Qg5 Qb8 32.Bxg7 Rgxg7 33.Qxh5+ Kg8 34.Qxg4+- pemain putih masih mempunyai peluang untuk menang]. Malangnya selepas beberapa kesilapan dari kedua-dua pemain disaat-saat akhir, permainan berakhir dengan seri. 29…Ng4 30.Rxg4 hxg4 31.Qxg4 Qb8 32.Nb2 Qb3 33.Nxa4 Qxa4 34.Bh6 [34…Rg8!] Qa1+ 35.Kc2 Qa2+ 36.Kd3 Qf2 37.Kc4 Qa2+ 38.Kd3 Qf2 39.Kc4 Qa2+ ½–½

Pada pusingan ke-5, ini merupakan perlawanan penting bagi kedua-dua pemain dalam kejohanan ini kerana CA telah seri pada perlawanan sebelumnya manakala ‘National Master’ Mohd Kamal Abdullah telah tewas. Beliau merupakan seorang jaguh catur yang berpengalaman dan pernah menjuarai Kejohanan Catur Kebangsaan pada era 80-an.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di sepanjang permainan hitam telah bertahan dengan baik, sungguhpun kehilangan satu bidak namun posisi masih seimbang bagi kedua-dua pemain. Selepas 46.Rxh6 kedudukan adalah seperti diagram diatas. Pemain hitam telah melakukan kesilapan besar disaat-saat akhir dengan menukar ‘tir’ putih dan memberikan kemenangan mudah. Rxh6?? [Langkah terbaik adalah 46…Ke7! 47.Re3 (47.f5 Rxh6 48.gxh6 Rh4=) 47…Rxd5+ 48.Ke2 Rxe3+ 49.Kxe3 Rd1= permainan seimbang dalam semua variasi] 47.gxh6 Rxf4 48.d6 Ke8 49.Rh3 1–0.

Di pusingan ke-6, CA cukup bernasib baik ketika menentang En. Muhd Yusop Abu Bakar seorang pemain yang telah berkecimpung dalam arena catur sabah sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pusingan ini CA bermain putih telah melakukan kesilapan besar sehingga kehilangan ‘Ksatria Kuda’ pada langkah ke-15. Permainan berlanjutan sehingga langkah 35… Qd3?? seperti diagram di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Satu kesilapan besar dengan memberikan peluang kepada pemain putih mengatur serangan ‘syahmat’ dengan 36.Rxd7+!! Kxd7 37.Rf7+ Re7 38.Qe6+ Kc7 39.Qxe7+ Kb6 40.Qd6+ Kb5 41.Rb7+ Ka5 42.Rxa7+ Kb5 43.Qb4#  1–0

Pusingan akhir kejohanan, CA dipertemukan dengan pemain tempatan Lahad Datu iaitu En.Pacik Sarah yang bermain buah putih. Beliau merupakan seorang pemain yang disegani sejak penglibatan beliau dalam arena catur di sabah. Diagram di bawah adalah kedudukan selepas langkah 34.Qc4 pemain hitam menamatkan perlawanan dengan serangan ‘Syahmat’ menarik disamping mengorbankan ‘tir’ dengan langkah Red8 35.f5 Rd1+ 36.Rxd1 Rxd1+ 37.Kxd1 Qd2# 0–1

 

 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s