Archive for April, 2012

Peralatan catur untuk dijual.

Posted: April 5, 2012 in Chess Set

Berikut adalah peralatan catur untuk dijual di sekitar Kota Kinabalu. Kepada yang berminat boleh hubungi Admin untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Papan catur yang diperbuat daripada "Fabric", ukuran petak 2" x 2" inci. Sesuai digunakan di dalam pertandingan catur.

Papan catur yang sama, hanya perbezaan warna di bahagian tepi papan.

Gambar menunjukkan satu set penuh serta kantung buah.

Kesesuain papan & buah catur, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

Buah catur saiz pertandingan dengan buah raja berukuran 4" Inci.

Advertisements

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog Chess Apprentice, kali ini penulis merasakan terpanggil untuk kembali menulis. Kali ini penulis amat tertarik pada pertandingan TERBUKA UIAM yang telah berlangsung selama 2 hari pada 31hb Mac & 1hb April 2012, penulis beranggapan kejohanan ini adalah antara kejohanan yang sukar di Malaysia.

Di kemuncak pertandingan dalam pusingan ke-7 , pemain muda berbakat besar yang berusia 13 tahun iaitu Yeoh Li Tian telah menjadi perhatian umum setelah mengalahkan jaguh catur dari Filipina iaitu Ian Udani di papan utama.

Yeoh Li Tian (13 Tahun) menentang Ian Udani (Filipina)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak 2 tahun lepas Yeoh Li Tian telah menjadi perhatian dikalangan peminat catur tanahair dengan peningkatan mendadak beliau. Berumur 13 tahun pada ketika ini, anak kepada National Master Yeoh Chin Seng bekas Juara Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993.

Pada pusingan akhir Kamaluddin Yusof atau lebih dikenali dengan gelaran “Abang Bro” dikalangan ahli 17Chessclub telah berjaya mencuri tumpuan dengan menewaskan pemain muda Yeoh Li Tian & seterusnya menafikan percubaan pemain muda ini untuk muncul sebagai juara kejohanan.

Antara aksi "Abang bro" ketika melancarkan "HIKMAT MAMAK SEPOSEN"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tatkala “Abang Bro” dihimpit kesusahan di dalam permainan, beliau telah melancarkan serangan terakhir dengan “Hikmat Istimewa” beliau yang dikenali sebagai “Hikmat Mamak Seposen”.