Archive for the ‘Chess Tournament’ Category

Harapan tahun 2020

Posted: February 24, 2020 in Chess News, Chess Tournament

Semoga pada tahun 2020 ini, akan lebih banyak artikel yang akan dimuat naik. Sebagai makluman pembaca sejak 10 tahun lepas, penulis lebih banyak melibatkan diri sebagai jurulatih di dalam aktiviti pembangun catur bersama ibu bapa & guru. Sama ada menjadi jurulatih peribadi mahupun jurulatih sekolah. 😀

Pada masa ini, komuniti catur tanahair masing-masing agak sibuk dengan persediaan kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Yang bakal berlangsung pada 16hb Mac sehingga 20hb Mac 2020, di Kuala Lumpur.

Diucapkan selamat berjaya kepada semua peserta yang akan bertanding kelak, dan marilah bersama memartabatkan sukan catur tanah air kita. Akhir kata daripada penulis “Majulah Sukan Catur Untuk Negara & Gens Una Sumus (Kita satu keluarga)”.

Nantikan artikel selanjutnya daripada penulis. 😉

 

 

 

 


Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog Chess Apprentice, kali ini penulis merasakan terpanggil untuk kembali menulis. Kali ini penulis amat tertarik pada pertandingan TERBUKA UIAM yang telah berlangsung selama 2 hari pada 31hb Mac & 1hb April 2012, penulis beranggapan kejohanan ini adalah antara kejohanan yang sukar di Malaysia.

Di kemuncak pertandingan dalam pusingan ke-7 , pemain muda berbakat besar yang berusia 13 tahun iaitu Yeoh Li Tian telah menjadi perhatian umum setelah mengalahkan jaguh catur dari Filipina iaitu Ian Udani di papan utama.

Yeoh Li Tian (13 Tahun) menentang Ian Udani (Filipina)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sejak 2 tahun lepas Yeoh Li Tian telah menjadi perhatian dikalangan peminat catur tanahair dengan peningkatan mendadak beliau. Berumur 13 tahun pada ketika ini, anak kepada National Master Yeoh Chin Seng bekas Juara Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993.

Pada pusingan akhir Kamaluddin Yusof atau lebih dikenali dengan gelaran “Abang Bro” dikalangan ahli 17Chessclub telah berjaya mencuri tumpuan dengan menewaskan pemain muda Yeoh Li Tian & seterusnya menafikan percubaan pemain muda ini untuk muncul sebagai juara kejohanan.

Antara aksi "Abang bro" ketika melancarkan "HIKMAT MAMAK SEPOSEN"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tatkala “Abang Bro” dihimpit kesusahan di dalam permainan, beliau telah melancarkan serangan terakhir dengan “Hikmat Istimewa” beliau yang dikenali sebagai “Hikmat Mamak Seposen”.


Nama

Rating

Mata

1.   Ahmad Wadudi

1720

6

2.   Abdul Wahab Abu Bakar

1834

6

3.   Faizal Andin

2010

6

4.   NM Mohd Kamal Abdullah

2177

6

5.   Adam Ulamah

1715

5.5

6.   Masrin Erowan

2012

5.5

7.   Fadly Taib

5.5

8.   Mohd Noh Anuk

1580

5

9.   Pacik Sarah

1580

5

10. Abdul Wahid Aying

5


Sila klik link dibawah untuk keputusan penuh pertandingan.

http://sabahchess.com/2011/sabah-tournament/sabah-starcity-labour-day-chess-open-2011-result/